Monday 16 February 2009

Tips Menghadapi Peperiksaan

Tips Menghadapi Peperiksaan

Peperiksaan Merupakan Proses Bagi Menilai Sejauhmana Kefahaman Pelajar Terhadap Pelajaran Yang Telah Dipelajari

Belajar Untuk Belajar
*Jangan Takut Pada Peperiksaan
*Semua Orang Perlu Menduduki Peperiksaan
*Sebenarnya, Kejayaan Dalam Peperiksaan Bergantung Kepada Rajin Dan Cara Belajar.

Kenal Pasti Cara Belajar
*Anda Perlu Memilih Masa Untuk Belajar@Mengulangkaji
*Berikan Tumpuan Kepada Semua Mata Pelajaran
*Disiplin Diri Anda, Lawan Kehendak Yang Negatif.


Teknik Belajar
*Jika Di Amalkan Secara Disiplin Akan Menjadikan Anda Seorang Pelajar Yang Bertanggung Jawab.
*Jika Anda Dapat Merancang Teknik Belajar Yang Berkesan Ia Akan Menghasilkan Sesuatu Yang Positif.

Sikap Di Dalam Kelas
*Pelajar Yang Berjaya,Adalah Mereka Yang Berkelakuan Baik Di Dalam Kelas, Terutama Semasa Cikgu Mengajar.
*Mereka Memberi Tumpuan Dan Tidak Menjadi Virus Kepada Orang Lain.

Masa Dalam Kelas Sangat Penting
*Tumpukan Sepenuh Perhatian Kepada Penerangan Guru.
*Sekiranya Guru Membuka Perbincangan Dalam Kelas, Ambil Bahagian.
*Kemukakan Masalah Terhadap Apa Yang Anda Tidak Faham

Buat Persediaan Sebelum Masuk Ke Kelas
*Baca Buku Sebelah Malam,Kerana Ia Akan Memudahkan Anda Memahami Apa Yang Di Terangkan Oleh Guru.
*Baca Bahan Bacaan Tambahan,Seperti Majalah Atau Bahan Dari Internet.

Bina Keyakinan Diri Semasa Didalam Kelas
*Kenalkan Diri Anda Dengan Guru
*Bersedia Untuk Mempelajari Sesuatu Subjek Itu.
*Jangan Lupa Bawa Buku Teks
*Bawa Buku Catatan Semasa Di Dalam Kelas.
*Buat Semua Tugasan Yang Di Berikan Oleh Guru Anda

Mendengar Secara Berkesan
*Mendengar Dan Memberi Perhatian Memudahkan Anda Mengingat Kembali Apabila Membuat Ulangkaji.
*Fokus Kepada Apa Yang Di Sampaikan Oleh Guru Anda
*Jangan Berangan*Angan Dalam Kelas.

Belajar Merancang Masa
*Jangan Pilih Mata Pelajaran Yang Di Gemari Sahaja.
*Jangan Habiskan Waktu Dengan Menonton Televisyen.
*Buat Jadual Belajar Yang Padan Dengan Kemampuan Anda.

Buat Jadual Waktu Belajar
*Cuba Kenalpasti Pelajaran Apa Yang Anda Lemah.
*Pastikan Setiap Hari Anda Belajar, Sekurang*Kurangnya Satu Jam Untuk Setiap Pelajaran. Dan Dalam Masa Seminggu Semua Anda Telah Pelajari/Buat Latihan

Bosan,Bosan Apa Ubat Nya
*Cuba Tanya Diri Anda, Mengapa Sering Rasa Bosan.
*Lawan Diri Anda Atasi Bosan.
*Jika Ada Masalah Peribadi Cepat*Cepat Selesaikan.
*Tanya Mengapa Anda Perlu Belajar.Untuk Motivasikan Diri Anda.

Strategi Ulangkaji
*Mulakan Ulangkaji Awal*Awal Lagi.
*Punca Malas Belajar Kerana Kita Tidak Faham
*Baca Berulang Kali, Baca Semua Buku Dan Baca Nota.
*Bincang Dengan Rakan*Rakan

Teknik Membaca
*Berlatih Baca Dengan Pantas, Supaya Anda Boleh Baca Berulang Kali.
*Catatkan Masa Yang Anda Ambil Untuk Membaca Sesuatu Topik.

Buat Nota Dengan Baik
*Buat Nota Atau Ambil Nota Di Dalam Kelas Secara Teratur.
*Tulis Nota Anda Supaya, Anda Minat Untuk Membacanya.
*Gunakan Pen Penanda Untuk Ayat Dan Perkataan Penting.
*Buat Nota Berasaskan Tajuk Dan Rajah Untuk Mudah Faham.

Manfaatkan Bahan Rujukan
*Gunakan Bahan Rujukan Lain Untuk Membantu Kefahaman Anda,Gunakan Kamus,Ensiklopedia Sains,Tata Bahasa Dewan, Ensiklopedia Britannica.
*Kamus Inggeris*Melayu Dewan

Persediaan Pada Hari Peperiksaan
*Buat Ulangkaji Sepintas Lalu, Sentuh Semua Tajuk.
*Tumpukan Perhatian Pada Proses Ulangkaji
*Jangan Fikir Lagi Perkara Lain Yang Anda Tidak Faham.
*Tidur Dengan Cukup

Menjelang Hari Peperiksaan
*Pastikan Jadual Peperiksaan Ada Dan Lihat Jadual Dengan Betul.
*Bentuk Kumpulan Untuk Buat Ulangkaji Secara Berkesan.
*Pastikan Anda Tiba Awal
*Elakkan Dari Berbual Kosong
*Pastikan Semua Keperluan Cukup

Persediaan Emosi
*Elakkan Perselisihan Faham Dengan Rakan
*Menjaga Hati Ibu Bapa
*Tidak Bercinta
*Terlalu Yakin
*Prasangka Negatif Kepada Orang Lain

Persediaan Fizikal
*Mengutamakan Kesihatan Badan
– Tidak Tidur Larut Malam
– Menjaga Keselamatan Diri
– Makan Makanan Secukupnya
– Riadah Yang Ringan,Sekitar 20minit Sehari

Persediaan Mental
*Jangan Menyerah Kalah,Cepat Berputus Asa
*Tiada Gambaran Yang Negatif, Jangan Fikirkan Yang Bukan*Bukan
*Berfikiran Positif, Tidak Bimbang Keterlaluan

Strategi Cemerlang Peperiksaan *1
*Mulai Sekarang Bersedia Untuk Belajar
*Buat Jadual Belajar Untuk Peperiksaan
*Mengingati Tajuk
*Buat Nota

Strategi Cemerlang Peperiksaan *2
*Latih Diri Anda Untuk Peperiksaan
*Latih Mengeluarkan Maklumat Dengan Banyak, Cepat Dan Tepat
*Latih Dalam Tempuh Masa Yang Ditentukan
* Mencari Sebab Tidak Tahu

Mengatasi Persoalan Seperti
*Saya Tidak Tahu Dimana Patut Bermula
*Terlalu Banya Untuk Dibaca Sedangkan Peperiksaan Makin Hampir
*Subjek Ini Cukup Membosankan
*Anda Baca Dan Faham, Tapi Tak Mampu Ingat

Persoalan * 2
*Anda Rasa Anda Faham Apa Yang Dibaca. Anda Rasa Anda Telah Mengingatinya
*Terlalu Banyak Untuk Dihafal
*Tadi Anda Masih Ingat Tetapi Kenapa Kini Anda Lupa
*Anda Suka Belajar Disaat*Saat Akhir

Tuesday 20 January 2009

Tuesday 6 January 2009

3 LANGKAH PERANCANGAN STRATEGIK UNTUK BELAJAR

SETIAP pelajar harus mempunyai perancangan belajar yang strategik iaitu menepati kehendak dan sasarannya. Perancangan yang strategik dapat menjimatkan masa, tenaga serta dapat belajar dengan lebih selesa. Berikut disenaraikan beberapa cadangan yang merupai langkah yang sepatutnya para pelajar lakukan sewaktu belajar. Ianya juga merupakan persediaan belajar setiap hari untuk sepanjang tahun.

Semak dan sekiranya anda belum mempunyai perancangan ini sila rancangkan segera. Para ibu bapa juga boleh membantu anak-anak dalam merangka perancangan ini. Bagai ibu bapa perancangan ini merupakan salah satu senarai atau "checklist" untuk membuat pemantuan anak-anak.

Berikut adalah langkah-langkah yang strategik yang harus dibuat oleh seseorang pelajar dalam rancangan belajar setiap hari.

1. Menyediakan Jadual Perancangan Masa Strategik (JPMS)

· Jadual ini harus mempunyai ruang seperti MASA, PELAJARAN, TOPIK

· Jadual ini perlu disediakan sebelum tiba waktu belajar iaitu contohnya sebelum 2.00 ptg. bagi hari sekolah. Atau sebelum 7.00 pg. pada hari cuti.

· JPMS adalah merupakan matlamat pelajar pada hari tersebut.

· Oleh itu masa yang ditentukan perlulah tepat. Contoh 2.30 ptg – 3.30ptg.

· Pada ruang pelajaran dicatatkan nama mata pelajaran yang ingin diulangkaji kemudian disusuli pula dengan tajuk atau topik dan disertai dengan muka surat dan nombor soalan yang ingin dibuat. Contoh: Matematik, (pelajaran), operasi tambah (topik), ms. 34 soalan 1 –15.

· Segala kerja rumah yang diberikan oleh guru juga boleh dimasukkan dalam JPMS ini.

2. Menyediakan nota belajar dalam bentuk peta minda.

· Nota ringkas dalam bentuk peta minda adalah penting kerana ianya dapat memberi satu gambaran menyeluruh terhadap satu-satu topik.

· Ianya membantu pemahaman dan dapat mengingat satu-satu topik dengan lebih cepat.

· Pelbagai cara dapat dibuat peta minda ini. Bagi pelajar-pelajar sekolah rendah, peta konsep, pengurusan grafik adalah sesuai digunakan. Sila berhubung dengan cikgu untuk mendapat peneangan cara untuk membuat peta minda ini. Diseini disediakan contoh membuat peta konsep.

· Peta minda yang telah siap harus disimpan dalam satu fail.

· Dalam peta minda juga boleh dimasukkan fakta , huraian ringkas dan juga gambar.

· Kebiasaannya peta minda dilakar pada topik-topik yang susah diingati.

· Ianya juga boleh ditampal di dinding dalam bilik belajar agar ianya mudah dilihat dengan segera dan dapat diingat dengan cepat.

3. Menyediakan Lembaran Analisis Keperluan Kendiri (LAKE)

· Ianya merupakan satu analisis atau rumusan sepanjang minggu pelajaran yang dipelajari di sekolah.

· Tujuannya ialah mencatat dan mengenalpasti topik-topik dan juga bahagian-bahagian yang masih belum difahami yang telah diajar oleh guru sepanjang minggu.

· Setelah dikenalpasti maka tindakan seterusnya dibuat sama ada bertanya pada guru, membuat latihan lanjutan dan sebagainya.

· Dalam LAKE ini harus mempunyai ruangan seperti MATA PELAJARAN, TOPIK, ISI / HURAIAN, TOPIK/BAHAGIAN YANG TIDAK DIFAHAMI, TINDAKAN.

Demikian tiga langkah perancangan kendiri yang harus dilakukan oleh setiap pelajar untuk menuju ke arah kecemerlangan.

Untuk maklumat ibu bapa, perancangan di atas adalah merupakan sebahaign daripada Kursus Pengurusan Pembelajaran Strategik (KPPS) yang dijalankan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

BAGAIMANA HENDAK JADI "SMART"?


Oleh DR. ISMAIL ZAIN

[ Utusan Malaysia]

KITA sering kali mendengar istilah "SMART" yang digunakan dalam melaksanakan pelbagai urusan. Pada umumnya sekiranya istilah tersebut ditujukan kepada manusia maka ianya membawa pengertian bahawa seseorang individu itu perlu menggunakan daya intelektualnya serta digabung dan diimbangkan dengan aspek fizikal dan spiritual supaya segala pilihan dan tugasan yang dibuat dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik serta memberi faedah tanpa sebarang pembaziran.

Pada penulisan saya kali ini saya cuba menjadikan perkataan "’SMART" sebagai satu perkataan akronim serta membuat huraian bagaimana perkataan tersebut dapat menjadikan satu refleksi dalam urusan kehidupan harian kita.

Pada saya "SMART" membawa pengertian Sentiasa Mahu Ambil Risiko dan Tanggungjawab. Huraiannya adalah seperti berikut:-

· S (Sentiasa) – Sentiasa membawa pengertian sesuatu yang dilakukan itu perlulah secara konsisten atau berterusan. Kejayaan tidak boleh dicapai hanya dengan semalaman tetapi melalui ketekunan yang diamalkan setiap hari sedikit demi sedikit secara berterusan. Pepatah melayu ada mengatakan "Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit."

Usaha secara berterusan setiap hari dapat mengurangkan tekanan. Tekanan akan terasa sekiranya sesuatu tugasan itu dibuat hasil daripada tangguhan kerja dari masa yang lalu.

· M (Mahu) – Kemahuan adalah punca segala kejayaan. Ianya lahir dari jiwa yang suci. Kemahuan juga ada kaitannya dengan matlamat hidup. Seseorang yang mempunyai matlamat sama ada matlamat jangka panjang atau matlamat jangka pendek akan sentiasa bermotivasi dan berkeinginan untuk terus berusaha ke arah kejayaan berketepatanlah dengan pepatah melayu berbunyi " di mana ada kemahuan, di situ ada jalan."

· A (Ambil) - Segala keinginan tidak akan tercapai sekiranya kita tidak melakukannya. Dengan lain perkataan, sekiranya seseorang itu tidak mengambil inisiatif untuk melaksanakan segala yang diidamkan maka ianya hanya akan wujud dalam imaginasi dan ilusi sahaja. Oleh itu tindakan harus diambil untuk merealisasikan matlamat yang menjadi hasrat dalam jiwa kita. "Bulat tidak akan datang menggolek dan pipih tidak akan datang melayang" tanpa usaha yang gigih.

· R (Risiko) - Risiko membawa maksud cabaran. Kehidupan ini penuh dengan cabaran. Seseorang yang inginkan kejayaan harus sanggup menghadapi cabaran. Cabaran dapat menggerakkan kita ke arah kehidupan yang lebih dinamik. Manusia ingin mendaki Gunung Everest kerana ianya penuh dengan cabaran. Cabaran juga akan mematangkan seseorang itu dalam meniti usianya.

· T (Tanggungjawab) - Tanggungjawab adalah sifat yang amat diperlukan pada setiap individu. Seseorang yang bertanggungjawab akan berusaha untuk melakukan sesuatu tindakan yang dapat memberi faedah kepada dirinya, keluarga, masyarakat dan negara. Seseorang yang bertanggungjawab juga akan cuba mengelak membuat sebarang tindakan yang boleh mendatang kerugian serta keburukan.

Dari huraian yang ringkas tadi kita dapati seseorang yang "SMART" adalah mereka yang sentiasa mahu ambil risiko dan tanggungjawab.

Sebagai seorang pelajar, anda perlulah sentiasa mempunyai keinginan untuk menimba ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu. Dalam proses menimba ilmu pengetahuan sudah tentulah anda akan menempuh pelbagai cabaran.

Sebagai seorang insan anda harus cekal menghadapi cabaran. Cabaran adalah merupakan mainan dan asam garam dalam kehidupan. Kesabaran adalah ubat yang paling utama dalam menghadapi cabaran dan kesabaran itu juga adalah separuh daripada iman.

Sebagai seorang pelajar anda juga perlulah bertanggungjawab di atas segala tindakan. Anda perlulah percaya serta yakin terhadap kebolehan diri sendiri. Sekiranya anda yakin dan bertanggungjawab di atas segala tindakan yang anda lakukan, maka insyaAllah tindakan yang akan anda ambil itu adalah sesuatu yang diredhai Allah.

Oleh itu lakukan sesuatu tindakan itu dengan hati yang jujur dan ikhlas, tanpa dipaksa dan dengan penuh rasa tanggungjawab. Sebagai seorang guru pula sifat berani mengambil risiko dan tanggungjawab adalah merupakan sifat yang paling mulia. Sesungguhnya golongan guru sentiasa menanggung risiko dan tanggungjawab di dalam melaksanakan tugas mereka.

Risiko dan tanggungjawab ini dapat dilihat melalui pelbagai perancangan dan aktiviti yang dijalankan di sekolah-sekolah ke arah mewujudkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Mereka lakukan ini tanpa mengira masa, wang ringgit dan tenaga.

Sesungguhnya seseorang yang takut pada risiko bukan sahaja membantutkan segala kreativiti yang ada pada diri mereka malah ianya merupakan penghalang ke arah proses anjakan paradigma.

Berdasarkan huraian di atas adakah anda seorang yang "SMART"? Buatlah satu refleksi diri sendiri berdasarkan ciri-ciri yang dihuraikan di atas.